Impian Selangor memadamkan rekod kekalahan dalam saingan Liga Super dan Piala FA 2011 kepada Kelantan
berkecai apabila tewas lagi dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung malam tadi di Shah Alam. Gol tunggal Azamuddin Akil pada minit ke 29 menceriakan kem penyokong Kelantan yang di hadiri lebih 2000 orang meskipun dikenakan bayaran RM5.00 dan bermain pada pukul 10.00 malam.
Ternyata cuti umum di Selangor tidak memberi kelebihan kepada Amri Yahya dan skuad Selangor yang meletakkan perlawanan persahabatan malam tadi sebagai "Misi Balas Dendam". Keputusan ini memusnahkan rekod bersih perlawanan persahabatan Selangor setakat ini (Menang dengan Harimau Malaya (1-0), ATM (1-0) dan Seri dengan Felda United (0-0)) manakala Kelantan terus mengekalkan rekod bersih menang tanpa bolos (Menang dengan Kuala Lumpur (5-0).
Bagi perlawanan persahabatan seterusnya Selangor akan bertemu Johor FC sebuah lagi pasukan dalam kumpulan C bersama Kelantan pada 20 Ogos ini
di Stadium Shah Alam dan Kelantan pula akan bertemu Polis pada malam ini (18 Ogos) di Stadium Selayang sebelum menghadapi perlawanan lebih mencabar menentang T-Team pada 24 Ogos di Kota Bharu nanti. Perlawanan persahabatan menentang T-Team boleh dianggap perlawanan "Misi Balas Dendam" bagi Kelantan.
Mendengar respon awal para peminat yang melihat aksi Azamuddin Akil, sudah ada yang kagum dengan aksi pemain ini dan mencadangkan pemain ini terus diikat kontrak bersama Kelantan kerana bagi mereka pemain yang bagus akan lebih bernilai dan cemerlang sekiranya bersama skuad The Red Warriors. Namun ada juga cakap-cakap nakal memperli kemenangan Selangor ke atas Harimau Muda (1-0) dengan membandingkan jika pasukan Malaysia bertemu Kelantan mungkin pasukan Malaysia akan kalah lebih daripada kekalahan menghadapi Selangor.
Kemenangan berturut-turut Kelantan ini bukan masanya lagi untuk kita berasa riak dan bangga sehingga berani mengherdik pasukan lawan lain kerana perlawanan sebenar Piala Malaysia masih belum bermula. Anggaplah kemenangan ini sebagai pembuka padang untuk kita lebih berdisplin dan bijak d
alam mengharungi perlawanan sebenar nanti.
Berita dari wisma FAM dan disahkan oleh Tan Sri Annuar Musa melalui laman Facebooknya dari Michigan USA semalam melaporkan , KAFA didenda RM10,000 akibat balingan mercun ketika Final Piala FA, denda ini menambahkan lagi perit pasukan Kelantan yang tewas gara-gara tambahan masa perlawanan yang dihentikan oleh balingan mercun ini. Ini bermakna pasukan dan penyokong Kelantan terpaksa menanggung dua hukuman akibat mercun ini. Adakah kita akan membiarkan kemenangan dan keseronokan kita terus ditewaskan oleh tangan penyokong yang tidak bertanggungjawab ini? fikir-fikirkanlah.
Fikir-fikirkanlah anda ingin melihat sokongan membawa padah dan kerugian atau sokongan membawa kejayaan dan kesenangan untuk semua. Gomo Kelate Gomo.
No comments:
Post a Comment